nak tau citernye ?
sila scroll kat bawah yer :)
Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Untuk apa ? Awak x buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf kerana disebabkan saya,awak cedera. Setiap kali saya buat silap awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Sebahagian diri awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul,tapi saya langsung x kisah kerana saya dijadikan untuk membetulkan kesilapan yang awak lakukan. Walaupun suatu hari nanti saya akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini kerana itulah tanggungjawab saya. Saya x mahu awak bersedih.
Pensel : Terima kasih pemadam untuk segala-galanya.
Pemadam : Sama2 pensel. Smile plizzzz :)
Amacam ? bez x citer 2 ?
No one is perfect that's why pencils have erasers.
Samalah macam kita. Kita bukanlah perfect seperti baginda Rasulullah S.A.W .
Jadi,kita seharusnya bergaul dengan org yg dpt memahami dan menegur setiap perkara yg kita lakukan agar kehidupan kita menjadi lebih lengkap.
Berpeganglah kepada kata2 Saidina Abu Bakar.
"Aku adlh manusia biasa dan aku bukanlah manusia yg t'baik di antra kamu. Apabila kamu smua melihat p'buatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat p'buatanku salah maka p'betulkanlah aku "

No comments:
Post a Comment